Tidak salah mendapat nikmat
Yang mana satu pun tidak mengapa
Tapi hendaklah curiga selalu dengannya
Kerana ia ibarat mendapat kawan yang tidak setia
Prejudislah dengannya
Jahat sangkalah dengan nikmat dunia
Ia selalu sahaja melalaikan kita
Awaslah selalu dengan nikmat dunia
Kalau tidak ia selalu sahaja mengkhianati kita
Berhati-hatilah dengan nikmat
Kerana dia boleh merosakkan kita
Kita awasilah selalu
Kerana dia boleh menjatuhkan maruah kita
Nikmat dunia itu ibarat kuda
Kita akui kuda mudah membawa kita ke mana-mana
Tapi ingat, dia selalu sahaja tidak setia dengan kita
Kita selalu sahaja dijatuhkannya atau ditendangnya
Kita selalu mendisiplinkan diri kita terhadap nikmat dunia
Jangan sampai dia mendisiplinkan diri kita
Akibatnya kita akan dijadikan kuda tunggangannya
Maka kita pun menjadi hambanya
Jatuhlah wibawa kita
Maka kita pun terhina
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi